Teamwork Hampeh


Assalamualaikum, salam 1 bloggers :) 

Teamwork atau dalam bahasa melayu nye kerja berkumpulan. Salah satu cara terbaik untuk menjayakan satu perancangan dalam satu tempoh masa yang terhad adalah dengan kerja berkumpulan. Dan salah satu cara terbaik untuk memusnahkan misi yang sama juga melalui kumpulan.

Aku sebenarnya sangat kesal gila dengan beberapa ahli kumpulan aku yang gagal menjalankan tugas mereka untuk menyelesaikan assignment berkumpulan.. 
kerja berkumpulan ni setiap ahli adalah ketua. Ketua disini bermaksud pemimpin kepada rakan kumpulannya yang lain. Kalau dah memasing gagal berikan komitmen adakah hasilnya akan berjaya ?

Bagi aku, aku lebih suka bekerja sendiri daripada berkumpulan sebab aku rasa diri dan mutu kerja aku lebih produktif tanpa ada masalah dengan ahli kumpulan. Sikap tak serius dalam kerja memang buat aku rasa tercabar. Lepasni, kalau nak cari partner atau ahli kumpulan, kena hati hati. taknak lagi tersalah memilih ahli yang pemalas dan takde langsung komitmen. 







3 comments:

LaLa mhdnor said...

memang, kalau pilih partner utk keje memang kene hati2, lau x makan hati je la.

hazfee said...

biasa kalau buat kerja kumpulan mesti ada ahli kumpulan buat hal. :)

apa pun, kena pandai pilih ahli kumpulan la supaya semua kerja dapat dijalankan dengan lancar

mohamad shazni said...

sabor lah ye...

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...