Bila lelaki meluahkan....

Assalamualaikum dan haiii untuk sesiapa saja yang sudi membaca entry ini.
So, apa korang semua buat hari ini ? Sesuatu yang menarik ? Nope ? oke, never mind. Tak perlu jawab soalan tu. Aku cuma harap everybody are fine. =)

Pernah tak korang tanya sesuatu dekat pasangan korang tapi jawapan yang si dia bagi tu acuh tak acuh je. Lepastu mula la timbul keraguan dalam diri tentang ketulusan cinta si dia pada korang kan ? Haishh, memang parah lah bila si perempuan ni suka sangat la bertanya soalan yang bukan bukan. Kekadang lelaki ni tak suka sangat bercakap tentang isi hati diorang. Mungkin malu atau mungkin juga sebab ego diorang yang tinggi tu.hmm
 
Tapi kalau si lelaki dah bersuara, kompem korang terkesima punya. Aku ada satu cerita ni nak berkongsi. Nak dengar tak ? Meh sini baca perbualan sepasang kekasih ni leklok. 



GIRL: Do i ever cross your mind ?
BOY: No...

GIRL: Do you like me ?
BOY: No...

GIRL: Do you think i'm pretty ?
BOY: No...

GIRL: Do you want to be with me forever ?
BOY: No...

GIRL: Would you cry if i left you ?
BOY: No...

GIRL: Would you live for me ?
BOY: No...

GIRL: Would you do anything for me ?
BOY: No...

GIRL: Would you pick me or your life ?
BOY: My life...

GIRL: Emm..(tears fall down & turn around)
BOY: Let me tell you something dear (grabs her by his arm)

GIRL: What ? (crying) 
BOY: First, the reason you never cross my mind is because you are always on my mind...
Second, i don't like you because i love you...
Third, i don't think you are pretty because you are so beautiful...
Fourth, i don't want to be with you forever because i need to be with you forever...
Fifth, i won't cry if you leave becaue i will die...
Sixth, i wouldn't live for you cause i would die for you... 
Seventh, the reason why i wouldn't do anything for you is cause i will do everything for you...and 
lastly, the reason why i choose my life is cause you are my life dear..i love you

Apa perasaan korang kalau korang berada di tempat perempuan tu ? dan untuk lelaki, adakah korang terfikir untuk berkata sedemikian untuk pasangan anda ?


p/s : Keikhlasan dalam cinta kadang kadang tak perlu untuk diungkap dengan kata kata kerana ia dapat dirasa. <3




Teamwork Hampeh


Assalamualaikum, salam 1 bloggers :) 

Teamwork atau dalam bahasa melayu nye kerja berkumpulan. Salah satu cara terbaik untuk menjayakan satu perancangan dalam satu tempoh masa yang terhad adalah dengan kerja berkumpulan. Dan salah satu cara terbaik untuk memusnahkan misi yang sama juga melalui kumpulan.

Aku sebenarnya sangat kesal gila dengan beberapa ahli kumpulan aku yang gagal menjalankan tugas mereka untuk menyelesaikan assignment berkumpulan.. 
kerja berkumpulan ni setiap ahli adalah ketua. Ketua disini bermaksud pemimpin kepada rakan kumpulannya yang lain. Kalau dah memasing gagal berikan komitmen adakah hasilnya akan berjaya ?

Bagi aku, aku lebih suka bekerja sendiri daripada berkumpulan sebab aku rasa diri dan mutu kerja aku lebih produktif tanpa ada masalah dengan ahli kumpulan. Sikap tak serius dalam kerja memang buat aku rasa tercabar. Lepasni, kalau nak cari partner atau ahli kumpulan, kena hati hati. taknak lagi tersalah memilih ahli yang pemalas dan takde langsung komitmen. 







Fasha Sandha dah sah bergelar isteri Jejai


Assalamualaikum. 
Selamat berhujung minggu dan selamat berblogwalking serta selamat membaca :)

Mesti ramai dah tau Fasha Sandha dah sah bergelar isteri Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram.. Hamboii, dulu kemahen Fasha taknok ngaku ada hubungan dengan jejai. Laniii, dah selamat dah ijab kabul. 
Aku ni sebenarnya nak kata benci kat si Fasha ni takde lah. Nak cakp suka pun tak. Senang cerita, biasa biasa je la..



Fasha ni cantik sebenarnya. Aku suka je tengok muka dia. Tapi bila berlakon jadi orang baik and watak dia memerlukan dia menangis, aku rasa tak sesuai langsung sebab telalu nampak kepura-puraan dia. Hipokrit. 
Yang si jejai ni pulak, hensem ke ? mungkin bagi fasha hensem kot. Bagi aku tak pun. Not my taste. Maybe ramai yang berebutkan Jejai ni sebab dia ni kaya. Harta dunia weh, tak bawa ke mana pun. Mati nanti kita bawa amalan bukan bawa harta. kannn ? hmm

Tapi kan, antara Fasha dengan Nora Danish, aku suka Nora lagi. Dia cantik gile. Muka baby face kot.
Untung si Jejai ni.. Bini nak yang cantik je.. Untung jadi orang kaya ni. Di kejar kejar..



Dua dua cantik lah. Semoga saja perkahwinan Fasha dan Jejai kekal la sampai ke anak cucu okay. 






3638 email dari peminatku


Assalamualaikum wahai sahabat sahabat blogger sekalian. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca entry aku ni. Selamat membaca eh :)

 Dah lama tak meng'online'kan diri ni kan, terasa rajin pulak la nak meng'repair blog ni. Kotak mengumpat tu aku kasi tukar, lagu pun kena kasi tukar jugak lah sebabnya aku tahu ada hantu stalker yang setiap hari melakukan kerja kerja meng'stalk blog aku ni. Mesti bosan layan lagu yang sama je kan.. haaa, nampak dok aku ni baik.. ahaha,.

Tetiba la kan tergerak pulak la hati ni nak menge'check email yahoo. Sign in je, Omaigod, kat inbox aku ada 3638 email. Hati mula terasa bangga, retis betul aku ni ramai beno orang hantar email kat aku ye. Aku pun sepantas kilat membuka inbox nak nengok siapakah peminat peminat aku kononya. 
sekaliiiiii,


cehhh........ Pakcik facebook dengan makcik twitter daaa, Paklong myspace and makngah blog pun adee, sedare sedare terdekat pun ada jugak la menyempit jugak..
Hampeh -.-'. Email dari tahun gajah pun ada lagi. Patut la sampai 3k++  So, dengan keadaan yang agak kecewa, terpaksa aku men'delete semua email email tu. Kasi clear aku punya inbox.



Dua Puluh Lapan Haribulan Empat


Assalamualaikum. Selamat membaca buat anda yang tengah membaca tu ye. terima kasih kerana sudi menjadi silent readers ku.. :)


Hari ini aku rasa sangat rindukan hari semalam. Hari yang menjadi hari paling bermakna dalam hidup aku. Seharian bersama dia sememangnya seronok dan bahagia. Walaupun penat, tapi bila pandang si dia tak terasa pun penatnya. wahh, itu lah orang kata hebatnya cinta.

Point utama aku bukan lah nak bercerita pasal tu sangat pun, kang ade lak orang cakap aku ni jiwang pulak. so cakap sikit sikit da la kan kan ..hee
Kat facebook ramai pulak la yang duk cakap pasal BERSIH. Bukan kat facebook je, kat tv pun sama je. Hari ni kan Dua Puluh Lapan Haribulan Empat, ada perhimpunan bersih katenyeee.. Apa bersih bersih ni ? Hadoi, tak paham betul -.- Tu semua urusan orang tua. Aku malas la nak masuk campur sangat. Buat la perhimpunan apa pun asalkan jangan nak merosakkan negara yang sekarang ni tengah aman ni haaa.

Ini BERSIH rumah okay, bukan BERSIH 3.0 .(tengok kaler baju pun dah tau. ahaha)
Diorang duk sebuk pergi perhimpunan bersih bersih tu aku rasa baik duk rumah je, bersihkan rumah sendiri. Ada jugak pekdahnye. Macam bapak aku, rajin duk bersihkan rumah tu ha. aku lak rajin bersihkan blog yang tengah bersawang dan berlumut nih. hee, kbai.



Saya Blogger tapiii ...


Assalamualaikum kepada readers, followers, haters, stalkers, and siapa siapa saja lah, lama tak jumpa korang..ahaha. Selamat membaca aku ucapkan :) 

 Waaa, lamanya tak blogging. Rindu giler. Ni bukan takat bersawang dah blog nih, berlumut, berhantu, semua ada. Dashboard pun dah lain laaa. Dah upgrade woo.. Baru tinggal kejap (padahal lama) dah macam macam yang bertukar. Tapi tak kesah lah, janji blog aku tak bertukar, haa itu yang penting tuh. 

Sepanjang tak hapdet blog ni kan tak bermakna aku tak blogwalking. aku seperti biasa kalau rajin tu tahap kucing nak beranak (padahal bosan takde keje), aku blogwalking jugak jadi silent reader tapi kat BB je :( sangat tak best kan . Tapi sekarang bila dah hadap Black si lappy ku sayang ni, haa rasa nak hapdet terus. Tapi yang menjadi masalah terbesarnye adalah taktau nak cerita pasal apa.

Aku ni memang seorang blogger tapi sekarang sangat sangat tak aktif sebabnya kebatakan aku berblogging dah tamat. Kalau dulu, macam orang gila je.. asal on lappy je first tab aku bukak mesti blog. tab sebelah facebook. Tapi facebook aku tak pandang pun, busy blogwalking punya pasal kan.

Sekarang bila aku dah tak minat sangat nak berblogging, si dia pulak start jejak kaki masuk dunia blog. Haa, dia pulak la gila blog sama macam aku memula dulu. Tapi takpela, paham . pena rasa. Tapi jeles pulak, pasal apa entah. -.-'

Sesambil tuh, nak promote blog lah. click kat SINI dan Follow ye. Thank you !


Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...