Nostalgia Zaman Sekolah ~

kali ni aku teringin nak share cerita dengan korang semua pasal zaman kita sekolah dulu.. kalau sebelum ni entri aku cerita pasal permainan-permainan dulu, tapi entri kali ni berbeza cikit..pasal apa aku nak kembalikan nostalgia korang bersekolah dulu..hee :)

budak-budak yang lahir tahun 70an, 80an, and 90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :

> masa kat sekolah, ada salesman jual buku cerita.. arini bagi list, esok mintak duit untuk beli walaupun sebenarnya tajuk buku cerita tu dah tau.. Salesman jual susu pun macamtu jugak..

> kat library pulak, budak-budak semua pegang buku.. konon-konon baca lah tapi rupanya tengok gambar je.. bile ada program Nilam baru semua sibuk nak pinjam buku..

> RMT (rancangan makanan tambahan) kat sekolah makan tak best.. tapi, yang berduit pun sibuk nak join RMT, adoiii..tak paham betul.. -.-

> dalam kelas suka main lawan pemadam.. sayang je nak guna pemadam tu.. padahal itu fungsi sebenar, untuk PADAM !.. kat luar kelas pulak suka main sep tiang..

> Pembaris yang famous time tu, pembaris yang bergerigi.. yang kat dalam ada air, pastu ada benda berkilat-kilat dalam air tu..

> Cikgu pulak suka pakai pembaris panjang kaler kuning.. Ada pemegang kat tengah-tengah pembaris tu tapi tak penag nampak cikgu pegang pun kat situ..

> Bila time pendidikan seni, cikgu suruh bawak batang pisang, belimbing, kentang, sebab nak buat tekap dengan kaler air, jadikan corak.. ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, buat kolaj laa, apa laa...

> masa cikgu takde dalam kelas, koyak buku kat bahagian tengah.. buat kapal terbang, buat sampan.. sampai nipis buku sebab asyik koyak je..

> Time nak kena inject BCG, sume takut.. tapi bila dah lepas inject, poyo lah pulak..

> balik sekolah beli JoJo.. takpun Dendang.. Tora pun best jugak.. Beli pun semata-mata nak mainan je, coklat dia tak makan pun..

> kat rumah, suka main game 2D, super contra, super mario, street fighter.. semuanya pakai tape..

> Siri kartun kegemaran waktu cuti : Dragon Ball, Power Rangers, ultraman, ninja turtles, maskman, sailormoon dan macam-macam lagi lah..
-
-
-
Haaa.. jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni.. asyik ngadap facebook and PS je.. Ini barulah zaman kita kan ?? sama tak ? and ada rasa rindu tak dengan zaman dulu ? mesti korang tersengeh-sengeh baca entri ni kan ?? ;)
-
-
-
END

permainan masa kecik ;)

korang ingat lagi tak zaman budak-budak korang ? HAHA, bila ingat balik sebenar sangat best kan ??.. rindunyee la zaman budak-budak dulu.. :'(
tapi budak2 zaman sekarang jarang main permainan zaman dulu2..sekarang teknologi dah moden..permainan PSP, PS2, permainan online, dan macam2 lagi yang berteknologi tinggi..
-

-

dulu masa aku kecik2, lebih suka berkawan dengan geng2 lelaki.. memang best ! sebab budak lelaki ni lasak and macam2 aktiviti diorang nih tau.. mak aku membebel kat aku pun aku buat bodoh je, yelahh dah seronok bermainkan.. hahaha
permainan yang famous masa aku kecik2 dulu :

1.KONDA KONDI


haaa, korang mesti pernah main kan ? seronok !! pernah sekali aku terkena kayu konda-kondi tu kat muka.. benjol tauuu..seminggu aku takut nak main.. HHAAHA
masa dulu, geng2 budak lelaki je yg selalu ajak aku dengan adik kembar aku join diorang.. seronak sangat ! ^^

2. POLIS SENTRI


"polis sentri one to jaga, polis mati pencuri jaga"

haha.. ingat lagi tak lagu ni ? kelakar kan ? kalau nak main kena kira kaki and menyanyi lagu polis sentri nih.. dalam permainan ni, polis kena kejar penjahat sampai dapat.. fuhhh, penat ohh main lari-lari.. tapi seronok ! biasanya kitorang main waktu malam ramadhan.. bestttt.. hee ^^

3. BALING SELIPAR

haaa, permainan ni pun seronok jugak.. asal nak main je, kumpul kasut.. main takpayah pakai kasut, kaki ayam je,..hahaaha
permainan ni kena bahagikan dua kumpulan... kena tuju kasut sampai jatuh then pihak lawan kena susun semula kasut tu.. haha, best best ! ^^

4. GULI


kalau main guli ni aku lemah sikit.. kena tuju guli yang kat dalam bulatan tu sampai dia terkeluar.. bila dah habis, kira lah berapa banyak dapat kumpul.. siapa banyak dia menang.. biasanya kalau aku tuju je kan, mesti guli aku yang tertinggal dalam bulatan tu.. macamana nak menang ?? HAHA, macam2 kann.. =D

5. ACI NYOROK



haha, kalau main nyorok-nyorok ni best ! bila main permainan ni aku dengan adik kembar aku suka sangat tukar baju, biar orang yang kena cari ni tersalah orang.. HAHA
lokasi yang biasa aku nyorok kat belakang pokok serai.. hahaha
nak panjat pokok aku tak reti.. gayat ohh ^^

sebenarnya.. banyak lagi permainan2 zaman kecik2 dulu.. termasuk lah main GALAH PANJANG, BATU SEREMBAM, MASAK-MASAK, KAWEN-KAWEN.. semuanya seronok !
Sangat-sangat RINDU tauuu :( . Permainan-permainan macam inilah yang membesarkan aku. Permainan Permainan inilah yang membuatkan kitorang hebat dalam merancang strategi untuk mencapai kemenangan... ;D


Nobody's PERFECT

Nobody's PERFECT.. ~~ tiada siapa yang sempurna..
betul ! kalau di beri peluang untuk jadi seorang yang sempurna, takde siapa yang akan menolak kan ?
aku nak jadi yang terbaik di mata semua orang, tapi dapat ke orang menerima cara aku ?
sangat susah sebenarnya kan nak buat orang di sekeliling kita ni terima cara kita..kadang kadang kita buat baik pun, ada jugak yang masih tak puas hati.. so, macamana ni ? hmmm, bersabar jela yang mampu.. perangai manusia ni macam-macam, perbagai ragamnya.. itulah namanya lumrah kehidupan.. sebab tu lah kita tak boleh nak jadi sempurna walaupun diri sendiri rasa dah cukup sempurna untuk bahagiakan orang di sekeliling, pasti ada juga kekurangannya yang diri sendiri tak sedar..




terima jela statement NO PERFECT PERSON nihh.. walaupun tak sempurna, kita masih boleh jadi yang tebaik.. tak payah lah nak jadi orang lain hanya kerana nak nampak sempurna.. walau sempurna macamna pun seseorang itu pasti ada juga kekurangannya.. kan ? :)


JODOH Ziela ? Siapa ~~

JODOH.. percaya ke dengan jodoh ?
Orang cakap setiap manusia kat dunia ni dah di tetapkan jodohnya. Tapi kenapa masih ada lagi yang jadi 'bujang terlajak' and 'anak dara tua' ? sebab diorang ni memilih ke ? atau diorang ni tak jumpa jodoh diorang ? hmmm

aku teringin sangat nak tahu siapa jodoh aku even aku ada boyfriend. sebab tak semestinya orang yang kita sayang ni akan jadi jodoh kita.. kan ? dan tak mustahil orang yang kita tak suka tu lah akan jadi jodoh kita suatu hari nanti.. haa.

"kalau JODOH, tak kemana" aku suka statement tu and pergi mana-mana pun selalu akan dengar.. memang betul pun..kalau dah di tetapkan jodohnya, pasti akan bersama juga walaupun tak suka..kan kan ?? hehe

kadang-kadang kan aku terfikir, entah-entah orang yang berada di sekeliling aku selama ni lah rupanya jodoh aku.. hmm, siapa tahu kan.. yelah, selalu jumpa, bersembang, bergelak ketawa, walaupun atas dasar sebagai seorang kawan.. Kawan dengan kawan pun boleh juga kan ? haa. so, sangat-sangat tak mustahil ! betul tak ??

kalau laa aku di beri peluang untuk pilih siapa jodoh aku..
Aku nak...........


lee dong wook

kim hyun joong


lee min ho * bukan nama sebenar.. HAHAHA

Apa-apa pun JODOH dan PERTEMUAN itu semuanya di tangan tuhan. Kita hanya merancang, dan tuhan yang menentukan. sekarang, aku hanya harapkan jodoh aku nanti adalah orang yang memang TERBAIK untuk aku.. yang boleh bimbing aku, boleh jadi pemimpin keluarga aku.. Amin

-END-

BersamaMU




Petang yang membosankan akhirnya membawa aku ke satu tempat yang menyenangkan.

Tengok matahari terbenam. Cantik !
kalau dapat bersama orang tersayang time ni, mesti romantik.. kan ? hee



nak tahu takkk...sebenarnya time ni HUJAN.. hahaha

wahhh, cantik ! eh, perasannye ~ ~ huahuahua
calling2 member yang sesat di tengah jalan.. ada ke jalan ke Tasik Cempaka taktau.. HAHA
eeehh, YOU !! saya tengah jalan pun mau tangkap gambar ke ? but, nice ! good job dear..
tengok pulak la siapa modelnye.. HAHAHA



Walaupun dah setahun lebih aku kat Bangi ni, ini lah kali pertama aku jejakkan kaki ke Tasik Cempaka ni. Tak sangka secantik ni.. tapi entah kenapa tempat ni tak menjadi kunjungan ramai. Waktu aku pergi hari tu, cuma ada berapa kerat je yang tengah berjoging.. couple-couple pun ada lah 2,3 pasang..hmm

Aku bukan berseorangan, tapiiiii......

dadda, alin dan miza.. my housemate lorhh.. gambar ni tak boleh nak rotate bagi tegak,
sebab size nye terlalu besar..
sorry lah sebab buat korang teleng kan kepala.. HAHAHA

Kami nak terbang !! boley ?? hehehe

Wahh, Happy nye yeee.. melompat lak.. Nak je terju dalam Tasik tu..
 berkubang macam kat kampung dulu2.. HAHA



Bila lagi kita ke sini ye ? bergambar lagi ramai2.. kalau boleh, nak semua housemate kita pegi.. ;D
next destination : Taman Botani, putrajaya. and Broga.. hehehe




Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...