Andai dapat diputarkan waktu


Untuk entri kali ini, bayangkan…....

andai dapat di putarkan waktu ! Andai benar, wujudnya time travel… andai wujudnya time tunnel… wujudnya sebuah kenderaan untuk merentasi masa (seperti dalam cerita BACK TO THE FUTURE tu).. bergerak ke masa hadapan dan juga mengundurkan masa kembali ke waktu sebelumnya…

Agaknya, apa yang akan korang ubah ? Apa yang ingin korang perbaiki ? Atau .. adakah sesuatu perkara yang korang tak puas hati atau sesalkan ?

Atau ...! Berpuas hatikah korang dengan keadaan sekarang ? Tidak mahu mengubah walau sedikit pun !

Untuk aku......

Mungkin aku tak main-main masa semester 3 dulu… sekarang nie dah kantoi ohh, walaupun memang tak dinafikan subject nye susah especially financial accounting !! & commercial law .. Pointer aku ternyata menurun dengan mendadak.. tapi masih bernasib baik sebab aku tak failed..haishhh, tu paling menakutkan.. Tapi masih tak berpuas hati larhhhh.. boleh tak tolong putarkan masa balik ? hwawawa :'( .. sekarang , terpaksa lah terima ajer kesan dan akibatnya….

Pengajaran peringatan untuk aku sendiri dan juga untuk korang yang masih study : STUDY BETUL-BETUL… JGN PERSIAKAN HARAPAN ORANG TUA KITA… SEBENARNYA, YANG AKAN MERASA KESENANGANNYA NANTI ADALAH KITA SENDIRI… SO… STUDY SMART… JANGAN SAMPAI MENYESAL DI KEMUDIAN HARI OKEYYY...;)

So, apa pulak imaginasi korang andai dapat diputarkan waktu ?

END

Cara kawal perasaan cemburu


Mengenalpasti-

Korang kena kenalpasti apapunca yang membuatkan korang cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan pada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah korang fikirkan sama ada korang perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu memang sangat penting dalamperhubungan tapi kalau ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu korang terhadap seseorang, korang perlu tahu samada perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang dah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburukorang tu.

...................................................................................................................................

Cuba memahami situasi-

korang tak boleh tengok sesuatu situasi tu dari pandangan pihak korang je. Lihatlah situasi tu dari sudut pandangan luar. Cuba korang tempatkan diri korang pada kedudukan pasangan korang dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun korang boleh tanyakan pada pihak lain mengenai pandangan mereka. Dan ini boleh mengelakkan korang daripada berada dalam situasi yang sukar dan dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

.....................................................................................................................................................

Fokus-

Korang sepatutnya lebih fokus untuk memikirkan mengenai realiti sesuatu situasi itu berbanding daripada memikirkan pelbagai andaian yang bermain-main di fikiran korang. Ketika cemburu menguasai fikiran, kebiasaannya pelbagai imaginasi negatif akan terlintas di fikiran seseorang.Korang dinasihatkan untuk bertenang dan melihat sesuatu situasi itu berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Adakah sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi korang je?? Hanya fokus dapat membantu korang daripada terus membuat pelbagai andaian.

.............................................................................................................................................................

Perbincangan- Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan korang untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan korang daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada korang melanggar peraturan, ada alasan untuk korang berasa cemburu. Hujah korang boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.

.......................................................................................................................................................

Berfikiran positif-

Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang korang telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu korang.

sumber : top5reason


Perbezaan lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan


Perbezaan lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan

Lelaki.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan penampilan seseorang wanita. Sebab kebanyakan lelaki akan memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Lelaki juga tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkan keegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Lelaki sukakan wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.

.....................................................................................................................

Wanita.

Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain itu, mungkin juga sebab wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.


END


Tarikan utama wanita di mata lelaki

Ramai wanita sangkakan bahawa mereka perlu cantik macam model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki. Tapi sebenarnya tak lah susah macam yang diorang fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita. Tarikan utama yang menarik pandangan mata lelaki adalah..


1) Memakai kasut tumit tinggi- Mata lelaki sangat suka melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Sebabnya posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka nampak lebih seksi.

2) Berambut panjang- Majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Mungkin disebabkan mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu, rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.


(3) Berpakaian tradisional- Seperti yang kita semua tahu, pakaian tradisional macam baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.

(4) Bermekap- Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tapi, kalau mekap yang dikenakan keterlaluan atau tak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah korang.

(5) Bertudung- Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.


END

Rahsia disebalik kata-kata perempuan

Sememangnya perempuan ni golongan yang susah nak faham sebab diorang tak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang, diorang nak seorang lelaki yang lebih memahami. Tak macam lelaki yang bersikap terbuka. Tak gitu ? Siapa sokong angkat hidung.. Haha, acah je... ^^

Jadi, setiap kata-kata perempuan mesti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata perempuan? Nak tahu ? jom bace :

1. Fine!

Adakah lelaki paham kalau pasangan diorang cakap perkataan 'fine!' ? Biasanya, perempuan luahkan perkataan tu sebab nak berhentikan perdebatan. Jadi, bila dah dengar perempuan cakap macam tu korang yang lelaki-lelaki ni kena lah bagi ruang untuk pasangan korang tu bertenang. Jangan terus beri tekanan sebab ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi peremuan.


2. 5 minit

Apabila perempuan cakap dia perlukan masa 5 minit untuk bersiap, lelaki perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki kena lah faham bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk perempuan, TERUTAMANYA bila nak keluar bersama orang yang mereka sayang. Haa, jadi jangan nak membebel lah dekat perempuan kalau diorang bersiap lambat. okey ?

3. Takda apa-apa

Apabila perempuan cakap macam tu, itu adalah petanda awal yang korang akan bergaduh lagi kalau masalah masih belum dapat diselesaikan. Sepatutnya lelaki mesti bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

4. Sukahatila (nada sinis)

Apabila perempuan dah cakap sukahatila,tu sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara. Jangan buatlah perkara tersebut untuk tunjukkan bahawa korang berjaya memahami mereka. :)

5. Whatever!!

Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah... sebenarnya bermaksud “SAYA BENCI AWAK!!” Tapi.. "saya benci awak" tu bukanlah bermaksud betul-betul benci.. jangan lah korang salah faham pulak yee.. >.<

6. Takpe, saya ok

Apabila perempuan meluahkan kata-kata ini, tu maksudnya diorang sedang memikirkan mengenai hubungan korang. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Lelaki seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan korang semula.

7. Saya dah agak dah

Kenyataan ni biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. tu juga merupakan satu tanda bahawa mereka dah berasa bosan dengan sikap buruk korang. So, berhati-hati ye !


END

Photoshop mistakes

korang suka baca majalah tak ? kalau perempuan, aku rasa mostly ramai yang suka.. kan kan kan ?? hee
kalau kita tengok gambar2 dalam majalah tu, semunya cantik-cantik kan ? langsung sikit pun kita tak nampak cacat cela.. semuanya nampak sempurna kan ?
kalau korang jenis yang suka membelek-belek, mesti akan perasan sebenar ada kesilapan dalam sesetengah gambar yang di edit.. :D

meh kita tengok sesama meh :

















p/s : lain kali kalau nak publish gambar pape especially untuk tontonan umum, check lah dulu ye.. perbetulkan mana yang salah.. tengok, kan dah kantoi ~~


END



Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...