Apa motif aku sebenarnya nih ??



Assalamualaikum rakan rakan bloggers :)


Aku kadang kadang tak faham, apa motif orang buat blog ni ye? Dan sebenarnya aku sendiri yang tak faham apa motif aku ada blog. Apa motif aku blogging, kumpul followers, buat entry, edit blog berjam jam, blogwalking.... apa ?apa ?dan apa ? haishhh.. Aku masih mencari cari jawapannya..



Ada sesetengah bloggers ni terlalu taksub dengan blog diorang sampaikan sanggup buat apa saja untuk dapatkan followers beribu ribu. Kononnya nak jadi blogger ohsem laa bila ada beribu followers. Tapi tak guna jugak kalau kita ada beribu riban followers tapi setiap entry yang kita post takde respon daripada sesiapa. Taknak bagi contoh kat sesiapa. Tengok entry aku jelah kan. Walaupun followers aku 400++, yang beri respon cuma dua tiga orang SAHAJA. mana yang lagi 400 tuh ? cakap followers aku tapi tak ikut pun entry2 aku.. Haaa, itu la sebenarnya yang selalu aku duk fikir. Fikir, apa motif aku follow blog orang kalau aku sendiri pun tak ikut langsung pun entry diorang. Aku ni
 Umpama macam follow sekadar follow.



Dengan blog ni orang cakap boleh jadi femes. Tengok la macam Ben Ashaari, Lyssa Faizuren dan Yuyu Zulaikha tuh. Siapa je yang tak kenal diorang kan. Followers cecah puluhan ribu beb! Diorang femes disebabkan entry diorang yang ohsem kot. Kalau setakat entry sampah, siapa la nak baca. Tak cakap sesiapa, aku cakap entry aku ni.. kan kan ? Ni aku duk menaip pepanjang ni entah ada orang baca ke tidak kan.. huu, never mind. 

Bagi bloggers yang aku sebutkan tadi tu ada motif mereka sendiri kenapa berblogging. Kalau abang ben, motifnya nak meng'up kan blogger2 baru dengan segmen2 ohsem dia tuh. Lyssa pulak motif dia buat tutorial2 untuk bloggers2 lain mencantikkan lagi blog diorang. Dan aku ? apa motif aku berblogging nih ?  Aku sendiri pun tak dapat nak jawab apatah lagi kalau aku minta korang yang tolong jawabkan. huh, sumpah dapat jawapan laaa..

Kalau ada readers yang suka baca entry2 aku bagitau lah, aku akan teruskan. *cehh, macam retis lak aku nih,hahaha.. Sepanjang jadi blogger yang tak femes ni, tak ada apa apa yang aku dapat pun. So, berbaloikah selama ni aku buang masa aku hadap blog yang cun lagi menarik nih ?haha, sungguh perasan. Jadi dengan ini, aku nak bersara. Bukan bersara terus. sementara je. Tak sanggup jugak nak hapuskan blog ni.. Gulahati aku ni weh.. Sayang tau. dah setahun lebih aku bela dia..

Aku tak tau nak susun ayat penutup untuk entry kali ni.. So, kepada anda wahai silent readers ku, terima kasih kerana sudi membaca entry sampah yang mengarut nih..chilll. kbai 


Ayah, ibu... Saya nak kawen !


Assalamualaikum dan selamat hari sabtu :) 

Tengok tajuk entry gempak tak ?haha..haishh, bukan gatai nak kawen..  sebenarnya masa aku berblogwalking, terjumpa satu blog yang berkongsikan satu surat (bukan surat cinta ye) yang bagi aku sangat menarik untuk dibaca. Mengenai nikah ! wahh, kalau bab nikah ni suka betul ye..hee
Dah aku cakap menarik tu, korang mesti kena baca lah.. Aku nak berkongsi dengan korang sebab aku rasa surat ni sangat bermanfaat ^^. Owner blog pun galakkan readersnya berkongsi, so aku pun copy and paste lah ye..

Dah, taknak cakp banyak. Jom baca.....



Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
 Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
 Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
 Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
 Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
 Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
 “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
 Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
 Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
 Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
 Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.
 Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.
 Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 6 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 9 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 9 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal.
 Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
 Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
 Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
 Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
 Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
 Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
 Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
 Kalau boleh jangan bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
 Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.

Puteramu,
Ajib


p/s: Boleh share untuk perkongsian bersama. Dan kalau nak buat surat minta restu kahwin kepada ibu bapa pun boleh. Pun boleh (^_^). Semoga bermanfaat! 
sumber: FitriHadi


Follow lah saya balik ...


Assalamualaikum dan selamat malam wahai rakan bloggers dan pengstalkers yang di sayangi !


 Apa agaknya ye yang bermain kat minda korang bila terbaca tajuk entry aku ni ? Aku tak dapat la nak jangka sebab aku ni bukannya psikiatri ataupun ada kuasa psikik..hhaha

Okay, tak kesah la kan apa yang berada dalam mida korang sekarang, aku hormati sehormat hormatnya sebab itu pendapat dan andaian korang sendiri. Takkan la aku lak tetiba muncul dalam otak korang dan cakap " Ohh, korang fikir macamni ek ?! " Pehh, tak ke itu mengundang perasaan seram dan cuak tahap dewa ? hehehe..

Sebelum aku jadi seorang yang merapu dan annoying, baik aku berbalik ke tajuk sebenar..hee
Aku nak tanya ni, betul ke kalau kita follow seseorang itu, then kita cakap " follow me back" tu boleh mengeratkan hubungan antara bloggers ? haha.. Macam mana kalau ayat tu menyebabkan kita rasa terpaksa, dan tak follow secara ikhlas. Sebaliknya, kita follow sebab kesian.. betul tak betul tak ?




Jadi aku nak pesan nih ye, jangan la suruh orang follow balik. Contoh la macam korang datang rumah orang, then sebelum balik, korang cakap " Datang la rumah saya balik ", haaa. Agak agak la kan apa la orang tu akan fikir kan ?hehe.. Kalau aku la mesti rasa dalam dilema..haha
pada aku lah kan, aku follow orang ikut kata hati jek. Kekadang aku ada jugak la follow orang lepas diorang cakap "follow me back".. Sebenarnya itu cara mudah untuk orang nak dapat ramai followers.. Perlukah begitu ? follow sekadar nak dapat balasan..
Tapi perlu diingatkan, bukan semua orang sama perangai dan bukan semua orang boleh terima cara sebegitu. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah ganjarannya lagi besar. :)


Makeup, keyakinan wanita ?

Assalamualaikum sahabat sahabat bloggers sekalian. Semoga sihat dan bergembira hari ini kerana dapat blogwalking dan membaca entry aku nih..hee


Merujuk kepada tajuk entry di atas, adakah Perempuan = Makeup ? hmm, tak juga kan. Ada juga perempuan yang tak makeup sangat. Macam aku. Ahaha. Aku kalau ada event special je akan makeup beriya sikit.. ngee
Tapi kadang kadang aku teringin juga nak rasa makeup cantik cantik macam retis retis tu semua. Kadang kadang jelah. Bukan selalu kan.  Diorang makeup heavy woo. Tapi aku takleh nak makeup macam tu sangat sebab takut nanti cantiknya tu kalah Neelofa, Fazura n Lisa Surihani. Ahaha.

Aku nak tanya la pada bloggers di luar sana tuh :

Untuk perempuan, Korang suka mekap tak ? Kalau suka, kenapa ?
Untuk lelaki pulak, korang suka ke dengan perempuan yang bermakeup ?

Bagi aku lah, perempuan sinonim dengan makeup sebab dah memang itu sifat semulajadi. Kalau makeup, tak kesah la sama ada yang simple atau over, bagi diorang itu lebih buat mereka yakin untuk berhadap dengan orang. Kita mesti lah nak nampak lebih cantik kan walaupun sebetulnya kecantikan semulajadi itu lebih better. 


Final Exam dah nak mai dahh

Assalamualaikum dan selamat membaca kepada anda yang sekarang tengah meng'stalk entry aku kali ni. Terima kasih dan tahniah di ucapkan. Haha, tetibe lak. Ah, never mind.



Aku tengah stresss ! tersangat stress.. Pasai pa ? Mesti dah tau kan pasai apa. Sebab title aku tu dah menceritakan segalanya. Cewahh. Walaupuan dah diketaui umum, aku still jugak nak bagitau lagi skali. Tapiii, dalam tone yang lebih jelasss.


Final Exam dah nak mai dahh !

Haa, tu diaa.. tulisan besaq dah keluaq. Ketaq ketaq jugak la nak pi jawab exam nanti.. FINAL weh. Penentu pointer aku. Study dah serajin habis dah, doa lepas solat pun dah buat, so cuma perlu tawakal jelah lagi. Semoga soalan yang keluar nanti senang senang je belaka eh. Aminnn. 



Entry kali ni di publish dengan satu niat murni lagi suci dari hati yang bersih sebersih baju yang di cuci dengan Ajax Fabuloso. Ajax Fabuloso ? ah, peduli lah..
Diharapkan kepada yang membaca entry ini mendoakan kejayaan aku menempuh final exam yang menggerunkan ini yaww. Lepas habis saje final exam ni, aku akan kembali dengan entry yang baru. So, tunggu kepulangan aku tau..hee


Perempuan dan BOLA ?

Assalamualaikum, salam 1 bloggers. Tahniah buat anda kerana telah berjaya menekan keyboard laptop anda dengan jayanya untuk masuk ke blog aku nih. Dan terima kasih kerana sudi membaca :)

Bola. Ya, bola. B.O.L.A. Tau tak apa itu bola ? kalau tak tau apa itu bola, korang pergi cari pisau ( Parang tajam digalakkan ) pastu silakan menikan diri sendiri sebanyak 24 kali.

Perempuan dan bola ? Sinonim tak ? Sangat sangat la tak sinonim kan ? 
Tapi aku suka tengok bola. Ya, sangat berminat dengan bola. Minat tengok jela, kalau nak main tu jauh sekali la. Tapi kalau di beri peluang aku teringin jugak. ngee

Saje letak gambar Man.Utd ni sebab aku suka ! hehehe
Aku teringin nak tahu dan nak tanya :
" wahai lelaki di luar sana, korang suka ke dengan perempuan yang minat bola ni? "
Kalau dapat lelaki yang GILA BOLA, mesti suka kan sebab senang nak jaga hati perempuan suka bola ni. Tak pun ajak je sekali tengok bola. Tapi kalau lelaki yang jenis tak minat bola, macamana pulak ?hmmm

" Berapa ramai pulak perempuan yang suka tengok bola ni ? "

Haaa, gini la rupa aku bila tengok bola.. HAHA
Yang aku tahu, budak housemate aku semua jenis suka bola, cuma kitorang berbeza team. Aku tetap dengan Glory Glory Manchester United, hehe... Mujur jugak la kawan baik aku Haiza Dahlan pun fan Man. United sama macam aku. So, aku ada geng la untuk tengok game >.<



Sebelum aku membenci kamuuu

Assalamualaikum, salam satu bloggers. 
Terima kasih kerana menyudikan diri anda untuk membaca entry kali ni. =)

Korang ada kawan rapat tak ? Sure semua orang dalam dunia ni ada kawan. Betul tak ? Mestilah kann.. haa, tak kesah la kawan tu kawan lama ke, kawan jauh dekat ke, kawan rapat atau renggang ke, tu still consider kawan even musuh tu pun kawan yang paling paling jujur. Tak caya ? Ha, tanya  dia :


"Eh, giler kau rasa aku cun tak arini ?"
"Tak, muka kau buruk macam nak mintak penampo"

Haaa, kannn.. Musuh adalah orang yang paling jujur tentang diri orang yang dia benci.. hehe

Okay, sekarang ni kita berbalik ke tajuk utama kita ye. Kalau tak, takde maknanya aku nak buat title macamtu. 
Aku ada kawan baik sikit lah tapi jarang jugak la bersama sebabnya kurang rapat dengan dia.
Bila aku dah cakap baik tu maksudnya kitorang takde masalah la. Okay la kan, tapiiii..  sebenarnya ada masalah di sebalik takde masalah tu tauu. memula memang tak perasan pun yang sebenarnya kawan aku tu bercakap perkara yang tak baik tentang aku dekat kawan kawan yang lain ?

tengok, kucing pun pandai berkawan. comey je gituu ^_^
Haaa, dah nampak kan permainannya. Baikkah kawan macamtu ? Menyedihkan. Kawan yang macamni sebenarnya sangat bahaya sebabnya depan kita diorang ni baik gile, pijak semut tak mati. Tapi dibelakanggg..hmm, tak nak cakap lelebih. Semoga saja kawan aku ni sedar diri dan tak buat lagi kerja kerja macamtu. Dan mohon hentikan, sebelum aku mula membenci. Sekian.




Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...