Kebahagiaan yang paling aku RINDU


Selain Al-Quran dan perjuangan, satu-satunya harta yang paling berharga yang DIPINJAMKAN Allah kepada kita adalah KELUARGA.
Tiada kebahagiaan yang paling aku rindu selain berkumpul bersama keluarga.


Entry kali ini teringin untuk aku kenalkan insan-insan yang menjadi harta paling berharga buat aku. Siapakah mereka ? Mari, biar aku kenalkan. :)



Siapakah gerangan gadis ayu di atas ini ? Haaa, inilah owner blog merangkap penulis atau blogger, hee..
Nama sebenar Siti Rozila binti Mohd Rafie. Tapi hanya dikenali sebagai Ziela Rafie/ Cikziela.
Harta yang PALING BERHARGA dan tiada gantinya di dunia ini.


Ini abah aku.  Ketua keluarga aku yang sangat aku kagum. Sangat prihatin dan penyayang.  <3

Emak dan nenek. Inilah harta yang paling aku sayang. Tiada insan lain yang boleh gantikan mereka dihati ini <3

Mereka lah abang. Mereka lah kakak, Mereka lah adik, dan mereka lah segala-galanya.

Ini dia kembar aku. Ramai yang tidak percaya sebabnya kami memang sangat tak serupa. Tapi kami sama. Sama apa ? Sama umur, sama tarikh lahir, sama jantina dan paling pentingnya sama mak dan ayah. HAHA. 

Ini kakak nombor 4 (kiri) dan kakak ipar (kanan) aku. boleh dikatakan rapat juga lah. :)

Abang nombor dua. Kawan-kawan terdekat cakap lah, dia abang aku yang paling hensem. Yeke ? ahaha. 


Ini hero-hero hebat merangkap bodyguard aku. HAHA. Belah kiri tu <-- abang nombor 6 dan belah kanan ni ---> abang nombor 5


Ini pula abang nombor 3. Dia abang yang paling kelakar. Dia mungkin tak sedar, tapi bagi kami yang selalu berdamping dengan dia, sangat2 perasan dia sebenarnya sangat kelakar ;D

Dan ini pula adik jiran sebelah rumah. HAHAHA, tak ada kaitan. Ini adik bongsu aku yang paling last. Bongsu mestilah last kan. apa daa. huu

Kakak iparku ! Dia baik. Sangat baik okay. Anak dia lagi best. Petah bercakap. <3

Kakak ipar lagiiii. Tak berapa rapat dengan dia. Mungkin sebab jarang jumpa. Tapi dia pun baik. Ore klate tauu. :D

Anak-anak kecil yang jadi penyeri. Latah mereka lah yang buat kami selalu bahagia dalam sebuah keluarga yang besar.

Anak-anak buah :)

Mungkin gambar ini terlalu jauh. sila zoom sendiri kalau nak nampak lagi jelas. haha

Ini anak buah yang paling nakal. tapi chumel. chumel tahu ? chumelll

NINAAAA ! Suka bila dia nampak je aku, jerit " maktehhhh " alahai, comel gila. :')

Yang tengah tu memang suka bergambar. Pantang nampak camera, tangan mesti nak "peace". Yang 2 orang duk apit dia tu  adik beradik. :)


Ini Abang ipar aku dan anak anaknya. :)


Sebenarnya ada 2 orang yang aku tak publish gambar. Kaklong aku dan suami dia. Takde gambar diorang laaa..
Aku rasa beruntung sangat ada keluarga yang sangat rapat. 4 orang abang, 2 orang kakak dan 2 orang adik. Di tambah pula dengan 3 orang kakak ipar, 2 orang abang ipar dan 9 orang anak buah. Sememangnya kalau sudah kesemuanya berkumpul, kemeriahan itu tak dapat di gambarkan. Sebab itu la aku katakan,


Tiada kebahagiaan yang paling aku rindu selain berkumpul bersama keluarga. <3


Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...