Perbezaan lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan


Perbezaan lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan

Lelaki.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan penampilan seseorang wanita. Sebab kebanyakan lelaki akan memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Lelaki juga tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkan keegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Lelaki sukakan wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.

.....................................................................................................................

Wanita.

Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain itu, mungkin juga sebab wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.


END


No comments:

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...