Cara kawal perasaan cemburu


Mengenalpasti-

Korang kena kenalpasti apapunca yang membuatkan korang cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan pada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah korang fikirkan sama ada korang perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu memang sangat penting dalamperhubungan tapi kalau ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu korang terhadap seseorang, korang perlu tahu samada perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang dah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburukorang tu.

...................................................................................................................................

Cuba memahami situasi-

korang tak boleh tengok sesuatu situasi tu dari pandangan pihak korang je. Lihatlah situasi tu dari sudut pandangan luar. Cuba korang tempatkan diri korang pada kedudukan pasangan korang dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun korang boleh tanyakan pada pihak lain mengenai pandangan mereka. Dan ini boleh mengelakkan korang daripada berada dalam situasi yang sukar dan dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

.....................................................................................................................................................

Fokus-

Korang sepatutnya lebih fokus untuk memikirkan mengenai realiti sesuatu situasi itu berbanding daripada memikirkan pelbagai andaian yang bermain-main di fikiran korang. Ketika cemburu menguasai fikiran, kebiasaannya pelbagai imaginasi negatif akan terlintas di fikiran seseorang.Korang dinasihatkan untuk bertenang dan melihat sesuatu situasi itu berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Adakah sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi korang je?? Hanya fokus dapat membantu korang daripada terus membuat pelbagai andaian.

.............................................................................................................................................................

Perbincangan- Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan korang untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan korang daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada korang melanggar peraturan, ada alasan untuk korang berasa cemburu. Hujah korang boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.

.......................................................................................................................................................

Berfikiran positif-

Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang korang telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu korang.

sumber : top5reason


No comments:

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...