Tarikan utama wanita di mata lelaki

Ramai wanita sangkakan bahawa mereka perlu cantik macam model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki. Tapi sebenarnya tak lah susah macam yang diorang fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita. Tarikan utama yang menarik pandangan mata lelaki adalah..


1) Memakai kasut tumit tinggi- Mata lelaki sangat suka melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Sebabnya posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka nampak lebih seksi.

2) Berambut panjang- Majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Mungkin disebabkan mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu, rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.


(3) Berpakaian tradisional- Seperti yang kita semua tahu, pakaian tradisional macam baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.

(4) Bermekap- Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tapi, kalau mekap yang dikenakan keterlaluan atau tak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah korang.

(5) Bertudung- Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.


END

No comments:

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...