Nostalgia Zaman Sekolah ~

kali ni aku teringin nak share cerita dengan korang semua pasal zaman kita sekolah dulu.. kalau sebelum ni entri aku cerita pasal permainan-permainan dulu, tapi entri kali ni berbeza cikit..pasal apa aku nak kembalikan nostalgia korang bersekolah dulu..hee :)

budak-budak yang lahir tahun 70an, 80an, and 90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :

> masa kat sekolah, ada salesman jual buku cerita.. arini bagi list, esok mintak duit untuk beli walaupun sebenarnya tajuk buku cerita tu dah tau.. Salesman jual susu pun macamtu jugak..

> kat library pulak, budak-budak semua pegang buku.. konon-konon baca lah tapi rupanya tengok gambar je.. bile ada program Nilam baru semua sibuk nak pinjam buku..

> RMT (rancangan makanan tambahan) kat sekolah makan tak best.. tapi, yang berduit pun sibuk nak join RMT, adoiii..tak paham betul.. -.-

> dalam kelas suka main lawan pemadam.. sayang je nak guna pemadam tu.. padahal itu fungsi sebenar, untuk PADAM !.. kat luar kelas pulak suka main sep tiang..

> Pembaris yang famous time tu, pembaris yang bergerigi.. yang kat dalam ada air, pastu ada benda berkilat-kilat dalam air tu..

> Cikgu pulak suka pakai pembaris panjang kaler kuning.. Ada pemegang kat tengah-tengah pembaris tu tapi tak penag nampak cikgu pegang pun kat situ..

> Bila time pendidikan seni, cikgu suruh bawak batang pisang, belimbing, kentang, sebab nak buat tekap dengan kaler air, jadikan corak.. ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, buat kolaj laa, apa laa...

> masa cikgu takde dalam kelas, koyak buku kat bahagian tengah.. buat kapal terbang, buat sampan.. sampai nipis buku sebab asyik koyak je..

> Time nak kena inject BCG, sume takut.. tapi bila dah lepas inject, poyo lah pulak..

> balik sekolah beli JoJo.. takpun Dendang.. Tora pun best jugak.. Beli pun semata-mata nak mainan je, coklat dia tak makan pun..

> kat rumah, suka main game 2D, super contra, super mario, street fighter.. semuanya pakai tape..

> Siri kartun kegemaran waktu cuti : Dragon Ball, Power Rangers, ultraman, ninja turtles, maskman, sailormoon dan macam-macam lagi lah..
-
-
-
Haaa.. jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni.. asyik ngadap facebook and PS je.. Ini barulah zaman kita kan ?? sama tak ? and ada rasa rindu tak dengan zaman dulu ? mesti korang tersengeh-sengeh baca entri ni kan ?? ;)
-
-
-
END

2 comments:

LITTLE NUUR said...

haha suka part yang

"Pembaris yang famous time tu, pembaris yang bergerigi.. yang kat dalam ada air, pastu ada benda berkilat-kilat dalam air tu.."

suka sgt post ni :)

Ziela Rafie said...

@LITTLE NUUR HAHA, kat sekolah dulu mesti ada 3 atau lebih pembaris tu dalam bekas pensel ;D

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...