permainan masa kecik ;)

korang ingat lagi tak zaman budak-budak korang ? HAHA, bila ingat balik sebenar sangat best kan ??.. rindunyee la zaman budak-budak dulu.. :'(
tapi budak2 zaman sekarang jarang main permainan zaman dulu2..sekarang teknologi dah moden..permainan PSP, PS2, permainan online, dan macam2 lagi yang berteknologi tinggi..
-

-

dulu masa aku kecik2, lebih suka berkawan dengan geng2 lelaki.. memang best ! sebab budak lelaki ni lasak and macam2 aktiviti diorang nih tau.. mak aku membebel kat aku pun aku buat bodoh je, yelahh dah seronok bermainkan.. hahaha
permainan yang famous masa aku kecik2 dulu :

1.KONDA KONDI


haaa, korang mesti pernah main kan ? seronok !! pernah sekali aku terkena kayu konda-kondi tu kat muka.. benjol tauuu..seminggu aku takut nak main.. HHAAHA
masa dulu, geng2 budak lelaki je yg selalu ajak aku dengan adik kembar aku join diorang.. seronak sangat ! ^^

2. POLIS SENTRI


"polis sentri one to jaga, polis mati pencuri jaga"

haha.. ingat lagi tak lagu ni ? kelakar kan ? kalau nak main kena kira kaki and menyanyi lagu polis sentri nih.. dalam permainan ni, polis kena kejar penjahat sampai dapat.. fuhhh, penat ohh main lari-lari.. tapi seronok ! biasanya kitorang main waktu malam ramadhan.. bestttt.. hee ^^

3. BALING SELIPAR

haaa, permainan ni pun seronok jugak.. asal nak main je, kumpul kasut.. main takpayah pakai kasut, kaki ayam je,..hahaaha
permainan ni kena bahagikan dua kumpulan... kena tuju kasut sampai jatuh then pihak lawan kena susun semula kasut tu.. haha, best best ! ^^

4. GULI


kalau main guli ni aku lemah sikit.. kena tuju guli yang kat dalam bulatan tu sampai dia terkeluar.. bila dah habis, kira lah berapa banyak dapat kumpul.. siapa banyak dia menang.. biasanya kalau aku tuju je kan, mesti guli aku yang tertinggal dalam bulatan tu.. macamana nak menang ?? HAHA, macam2 kann.. =D

5. ACI NYOROK



haha, kalau main nyorok-nyorok ni best ! bila main permainan ni aku dengan adik kembar aku suka sangat tukar baju, biar orang yang kena cari ni tersalah orang.. HAHA
lokasi yang biasa aku nyorok kat belakang pokok serai.. hahaha
nak panjat pokok aku tak reti.. gayat ohh ^^

sebenarnya.. banyak lagi permainan2 zaman kecik2 dulu.. termasuk lah main GALAH PANJANG, BATU SEREMBAM, MASAK-MASAK, KAWEN-KAWEN.. semuanya seronok !
Sangat-sangat RINDU tauuu :( . Permainan-permainan macam inilah yang membesarkan aku. Permainan Permainan inilah yang membuatkan kitorang hebat dalam merancang strategi untuk mencapai kemenangan... ;D


1 comment:

amranaiman said...

huhu best2.. :D polis entry.. main kawin2 xkan xmain haha :D

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...