Follow lah saya balik ...


Assalamualaikum dan selamat malam wahai rakan bloggers dan pengstalkers yang di sayangi !


 Apa agaknya ye yang bermain kat minda korang bila terbaca tajuk entry aku ni ? Aku tak dapat la nak jangka sebab aku ni bukannya psikiatri ataupun ada kuasa psikik..hhaha

Okay, tak kesah la kan apa yang berada dalam mida korang sekarang, aku hormati sehormat hormatnya sebab itu pendapat dan andaian korang sendiri. Takkan la aku lak tetiba muncul dalam otak korang dan cakap " Ohh, korang fikir macamni ek ?! " Pehh, tak ke itu mengundang perasaan seram dan cuak tahap dewa ? hehehe..

Sebelum aku jadi seorang yang merapu dan annoying, baik aku berbalik ke tajuk sebenar..hee
Aku nak tanya ni, betul ke kalau kita follow seseorang itu, then kita cakap " follow me back" tu boleh mengeratkan hubungan antara bloggers ? haha.. Macam mana kalau ayat tu menyebabkan kita rasa terpaksa, dan tak follow secara ikhlas. Sebaliknya, kita follow sebab kesian.. betul tak betul tak ?




Jadi aku nak pesan nih ye, jangan la suruh orang follow balik. Contoh la macam korang datang rumah orang, then sebelum balik, korang cakap " Datang la rumah saya balik ", haaa. Agak agak la kan apa la orang tu akan fikir kan ?hehe.. Kalau aku la mesti rasa dalam dilema..haha
pada aku lah kan, aku follow orang ikut kata hati jek. Kekadang aku ada jugak la follow orang lepas diorang cakap "follow me back".. Sebenarnya itu cara mudah untuk orang nak dapat ramai followers.. Perlukah begitu ? follow sekadar nak dapat balasan..
Tapi perlu diingatkan, bukan semua orang sama perangai dan bukan semua orang boleh terima cara sebegitu. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah ganjarannya lagi besar. :)


5 comments:

Farina Hunny said...

thumbs up . hahak , takpe kita follow jea balik :)

Ardini Izzati said...

Setuju ngn akak. Nak follow ni kena ikhlas daripada hati kan :)

Crew Fathi said...

Biasa la tu.. org mau dapat follower banyak meh.. ^_^

Ratu Lissa said...

hehe , setuju 2 . paling menyakitkan hati , kalau org tu kata dia follow padahal angka follower tu tak menginjak pun . huhu.. sanggup menipu sebab nak dapat follower ramai . hishh

mohamad shazni said...

setuju,,pndi die menulis ye..

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...