Awak, Selamat Hari Raya !


♪ ♬ Selamat hari raya, hari untuk bersuka ria, mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong ...♪ ♬ ♪ ♬


Wah, memandangkan raya dah nak dekat ni, semua blogger-blogger mesti sebuk menyiapkan entry ucapan raya. Saya pun nak join ler. Jadi, entry ini saya khaskan kepada bulan syawal yakni bulan kemenangan, buat umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia. Dijangkakan Hari Raya Puasa akan disambut pada 19 Ogos 2012

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 2 hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan bergembira menikmati Aidilfitri. Walaupunbagaimanapun saya agak rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan bulan ramadhan yang penuh berkat ni. Apa saya atau kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya ? Hmm, hanya Tuhan yang tahu...

Alhamdulillah, ingin dinyatakan disini juga ya, setakat hari ini saya masih lagi berpuasa penuh. Dan saya yakin, tahun ini seperti tahun lepas, tak perlu ganti puasa. Hewhewhew 

Okay, berbalik ke tujuan asal entri ni..
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat mak abah serta adik beradik tersayang, Encik Boyfriend tercinta, silent reader terhormat, stalkers terbaik, HATERS terbongok, dan kepada sahabat handai atau sesiapa sahaja yang beragama islam. Selamat selamat hari raya !
Di kesempatan ini juga, saya mahu memohon maaf andai ada tersilap tutur bicara ataupun secara lisan sepanjang perkenalan. Yang lepas, biarkan lepas. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan saya akui, saya juga begitu. Jadi, di bulan yang baik ini, dan bagi bertindak adil, saya juga memaafkan semua kesalahan orang-orang yang pernah menyakitkan hati.
Hari raya ni, mai la datang beraya ke rumah. Duit raya tak janji lah ada. Tapi ketupat lemang kompem ada. So, moh ler.. hee

Sebelum menutup tirai, saya ingin mengingatkan kepada yang akan pulang kekampung halaman, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya. Usah tukarkan hari raya ini menjadi hari berduka. Ingatlah orang yang tersayang di destinasi perjalanan. 







3 comments:

Fikri said...

Selamat hari raya.. jangan main mercun kalau tak nak raya kat spital. Haha :D

nairaariaa said...

lupekan sume sengketa...huhu..selamat hari raya jugak..maaf zahir dan batin..

HUDAJMAL said...

bestnya tk gnti puasa. hehe. btw, selamat hari raya :)

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...