Apa motif aku sebenarnya nih ??



Assalamualaikum rakan rakan bloggers :)


Aku kadang kadang tak faham, apa motif orang buat blog ni ye? Dan sebenarnya aku sendiri yang tak faham apa motif aku ada blog. Apa motif aku blogging, kumpul followers, buat entry, edit blog berjam jam, blogwalking.... apa ?apa ?dan apa ? haishhh.. Aku masih mencari cari jawapannya..



Ada sesetengah bloggers ni terlalu taksub dengan blog diorang sampaikan sanggup buat apa saja untuk dapatkan followers beribu ribu. Kononnya nak jadi blogger ohsem laa bila ada beribu followers. Tapi tak guna jugak kalau kita ada beribu riban followers tapi setiap entry yang kita post takde respon daripada sesiapa. Taknak bagi contoh kat sesiapa. Tengok entry aku jelah kan. Walaupun followers aku 400++, yang beri respon cuma dua tiga orang SAHAJA. mana yang lagi 400 tuh ? cakap followers aku tapi tak ikut pun entry2 aku.. Haaa, itu la sebenarnya yang selalu aku duk fikir. Fikir, apa motif aku follow blog orang kalau aku sendiri pun tak ikut langsung pun entry diorang. Aku ni
 Umpama macam follow sekadar follow.



Dengan blog ni orang cakap boleh jadi femes. Tengok la macam Ben Ashaari, Lyssa Faizuren dan Yuyu Zulaikha tuh. Siapa je yang tak kenal diorang kan. Followers cecah puluhan ribu beb! Diorang femes disebabkan entry diorang yang ohsem kot. Kalau setakat entry sampah, siapa la nak baca. Tak cakap sesiapa, aku cakap entry aku ni.. kan kan ? Ni aku duk menaip pepanjang ni entah ada orang baca ke tidak kan.. huu, never mind. 

Bagi bloggers yang aku sebutkan tadi tu ada motif mereka sendiri kenapa berblogging. Kalau abang ben, motifnya nak meng'up kan blogger2 baru dengan segmen2 ohsem dia tuh. Lyssa pulak motif dia buat tutorial2 untuk bloggers2 lain mencantikkan lagi blog diorang. Dan aku ? apa motif aku berblogging nih ?  Aku sendiri pun tak dapat nak jawab apatah lagi kalau aku minta korang yang tolong jawabkan. huh, sumpah dapat jawapan laaa..

Kalau ada readers yang suka baca entry2 aku bagitau lah, aku akan teruskan. *cehh, macam retis lak aku nih,hahaha.. Sepanjang jadi blogger yang tak femes ni, tak ada apa apa yang aku dapat pun. So, berbaloikah selama ni aku buang masa aku hadap blog yang cun lagi menarik nih ?haha, sungguh perasan. Jadi dengan ini, aku nak bersara. Bukan bersara terus. sementara je. Tak sanggup jugak nak hapuskan blog ni.. Gulahati aku ni weh.. Sayang tau. dah setahun lebih aku bela dia..

Aku tak tau nak susun ayat penutup untuk entry kali ni.. So, kepada anda wahai silent readers ku, terima kasih kerana sudi membaca entry sampah yang mengarut nih..chilll. kbai 


3 comments:

kurus said...

salam dik
bila dah banyak sgt folowerss kita x terkejar nak ikuti semua entry mereka .. kalau macam akk .. akk amik random lahh ..
sesekali ke rumah org itu dan ini
nak masuk semua sure x sempat
x perlah janji kita berblog cara sihat , tepuk dada tanye selera , jgn sampai berblog mencari musuh sudah ;)
entry x semestinya best kalau kita mesra blogger ;)

mohamad shazni said...

biarlah kite ikhlas berblog nie kn...as long as kite tau apa yg kite coretkn n kongsikan...jgn berhenti ber'blog ye syg..=,='

tirahzairi said...

teruskan blogging ikut cara sendiri....hehehe

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...