Rahsia disebalik kata-kata perempuan

Sememangnya perempuan ni golongan yang susah nak faham sebab diorang tak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang, diorang nak seorang lelaki yang lebih memahami. Tak macam lelaki yang bersikap terbuka. Tak gitu ? Siapa sokong angkat hidung.. Haha, acah je... ^^

Jadi, setiap kata-kata perempuan mesti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata perempuan? Nak tahu ? jom bace :

1. Fine!

Adakah lelaki paham kalau pasangan diorang cakap perkataan 'fine!' ? Biasanya, perempuan luahkan perkataan tu sebab nak berhentikan perdebatan. Jadi, bila dah dengar perempuan cakap macam tu korang yang lelaki-lelaki ni kena lah bagi ruang untuk pasangan korang tu bertenang. Jangan terus beri tekanan sebab ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi peremuan.


2. 5 minit

Apabila perempuan cakap dia perlukan masa 5 minit untuk bersiap, lelaki perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki kena lah faham bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk perempuan, TERUTAMANYA bila nak keluar bersama orang yang mereka sayang. Haa, jadi jangan nak membebel lah dekat perempuan kalau diorang bersiap lambat. okey ?

3. Takda apa-apa

Apabila perempuan cakap macam tu, itu adalah petanda awal yang korang akan bergaduh lagi kalau masalah masih belum dapat diselesaikan. Sepatutnya lelaki mesti bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

4. Sukahatila (nada sinis)

Apabila perempuan dah cakap sukahatila,tu sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara. Jangan buatlah perkara tersebut untuk tunjukkan bahawa korang berjaya memahami mereka. :)

5. Whatever!!

Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah... sebenarnya bermaksud “SAYA BENCI AWAK!!” Tapi.. "saya benci awak" tu bukanlah bermaksud betul-betul benci.. jangan lah korang salah faham pulak yee.. >.<

6. Takpe, saya ok

Apabila perempuan meluahkan kata-kata ini, tu maksudnya diorang sedang memikirkan mengenai hubungan korang. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Lelaki seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan korang semula.

7. Saya dah agak dah

Kenyataan ni biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. tu juga merupakan satu tanda bahawa mereka dah berasa bosan dengan sikap buruk korang. So, berhati-hati ye !


END

Jom baca yang lain (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...